Sunday, January 28, 2018

Sukarnya Mengenal Gajah Tanpa Mata



Allah Subhanallahu Ta'ala memberi kita 5 pancaindera untuk kita iaitu mata untuk melihat, hidung untuk menghidu, lidah untuk merasa, telinga untuk mendengar dan kulit untuk deria sentuhan.


Kelima-lima pancaindera ini sangat penting untuk diri manusia bagi mendapatkan maklumat-maklumat  penting yang diperlukan.



KISAH GAJAH TENTERA DAN ORANG BUTA



Terdapat Suatu kisah tersohor mengenai sulitnya orang buta mendapatkan maklumat tentang gajah.

Pada zaman dahulu, ada seorang raja dan para pengikutnya pergi ke sebuah kota. Raja dan pengikutnya membawa seekor gajah tentera yang besar. Raja dan pengikutnya berehat seketika dikaki gurun yang berdekatan dengan sebuah kota.


Kota tersebut kesemua penduduknya adalah buta. Terdengar sahaja berita tentang raja dan pengikutnya yang membawa seekor gajah tentera yang besar, penduduk kota itu berasa teruja untuk melihat gajah itu.

Lantas beberapa orang buta itu berlari-lari pergi mendapatkan gajah itu kerana teringin melihatnya.

Orang buta tidak pernah melihat gajah dan tidak pula tahu akan rupa bentuk gajah. Maka mereka cuma membayangkan apa yang mereka sentuh pada anggota tertentu.

Setiap orang buta yang menyentuh anggota gajah sangat yakin dan beranggapan anggota itu lah gajah.

Selepas itu, penduduk kota yang buta  pergi mendapatkan beberapa orang buta yang telah pergi melihat gajah itu.

Penduduk kota yang buta sangat teruja ingin mengetahui kebenaranya daripada rakan mereka.


Penduduk kota bertanyakan tentang bentuk gajah. Lantas orang buta yang memegang telinga gajah menjawab. "Gajah sangat besar, lebar, kasar dan luas seperti padang".

Orang buta yang memegang belalai pula berkata. "Gajah sebenarnya seperti paip yang lurus dan boleh boleh menghancurkan benda".

Orang buta yang memegang kaki gajah pula berkata. "Gajah sebenarnya seperti tiang yang kukuh dan gagah perkasa"

Sebenarnya orang-orang buta itu keliru sebab tidak melihat sepenuhnya dan hanya memegang serta beranggap-anggapan rupa bentuk gajah sahaja. Malah penduduk kota yang buta itu lagi bertambah keliru kerana mereka kena berfikir dan membayangkan bagaimana rupa bentuk gajah yang sebenar.

Oleh itu, diri manusia memerlukan pancaindera untuk mengenal dan memahami sesuatu. Allah telah menciptakan pancaindera untuk kita supaya kita dapat mengenal dan memahami sesuatu kebenaran di dunia ini.



No comments:

Post a Comment

Masih Ramai Yang Tidak Tahu Kelebihan Doa Nabi Yunus Alaihi Salam. Jom Hayati Kisah ini.

بسم الله الرحمن الرحيم فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ۗ وَاللَ...